Petaling Jaya, 22 Ogos 2011 -
Seramai 10,000 orang pegawai dan anggota PDRM di seluruh negara akan
ditugaskan bagi menjayakan Ops Sikap ke-24 pada kali ini. Ops Sikap yang
ke-24 pada kali dilancarkan serentak dengan Kempen Rumah Selamat 2011
oleh YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara di
Perkarangan Sri Pentas Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor pada pagi
ini.
"Dalam menilai implikasi road violations oleh
sesetengah pemandu yang mendatangkan risiko yang amat tinggi kepada
pengguna jalan raya yang lain, pihak polis terpaksa mengambil pendekatan
untuk tidak memberi apa-apa kompromi dalam menangani pesalah-pesalah
trafik" tegas YDH Timbalan Ketua Polis Negara semasa ucapan beliau di
majlis pelancaran ini.
Ops Sikap Ke-24 dan Kempen Rumah Selamat tahun ini
telah ditaja oleh Telekom Malaysia dengan kerjasama daripada Media Prima
Berhad, Radio Televisyen Malaysia, My-EG serta Skop Productions.
Bertemakan
" Selamat Sampai ke Destinasi ", akan berlangsung selama dua minggu
dari 23 Ogos 2011 hingga 6 September 2011. Bersempena dengan pelancaran
tersebut, PDRM turut mengumumkan nombor talian bebas tol Ops Sikap 1800 88 1412
yang disediakan oleh TM. Para pengguna jalan raya boleh melaporkan
kesesakan trafik, kemalangan jalan raya, mendapatkan maklumat berkaitan
laporan kesesakan trafik dan mendapatkan bantuan.
TM juga
menyediakan 20 kanopi untuk kegunaan pegawai-pegawai polis yang bertugas
di lokasi-lokasi strategik di semua kawasan yang sering berlaku
kemalangan. TM juga turut mencetak pelbagai bahan publisiti termASUK
1,000 poster dan 1,000 Buku Panduan Maklumat Trafik.
Selain
itu, TM dengan kerjasama PDRM dan Media Prima akan turut menghasilkan
satu iklan kempen keselamatan di media-media elektronik, khususnya
stesen-stesen TV yang membawa mesej 'Selamat Sampai ke Destinasi' kepada
orang ramai.
sumber : www.rmp.gov.my
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan