Rabu, 4 April 2012

Operasi Penguatkuasaan Had Laju Jalan Kuantan/Kemaman


 
Kuantan - 30 Mac 2012

Berobjektifkan pencegahan kemalangan maut, pihak Polis Cawangan Trafik Bukit Aman bersama-sama dengan pihak Polis Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan telah mengadakan satu operasi khas sekatan jalan raya di KM Jalan Kuantan/Kemaman.

Taklimat penugasan telah disampaikan di Ibu Pejabat Daerah Trafik Kuantan oleh DSP Tan Hock Tho, DSP Operasi Penguatkuasa Operasi Kontinjen Bukit Aman yang merupakan Ketua Operasi pada malam itu. Operasi turut diperkuatkan dengan kekuatan pegawai dan anggota dari Trafik Bukit Aman dan IPD Kuantan.

Operasi selama 2 hari bermula pada 30 Mac 2012 dan berakhir pada 31 Mac 2012 melibatkan seramai 17 anggota serta 5 Pegawai PDRM. Operasi telah dipecahkan kepada 3 lokasi iaitu KM 25 Pintasan Sungai Ular dan KM 36 Sungai Baging yang bertanggungjawab mengendalikan alat Laser Speed Dectator, manakala di point 1 dan 2 di kedua-dua arah adalah bertanggungjawab mengendalikan sekatan jalan raya.
  
Operasi pada hari ini lebih tetumpu kepada kenderaan perkhidmatan awam dan perdagangan seperti bas ekspres, bas peranginan, van, teksi, lori serta kenderaan persendirian seperti motosikal dan kereta.





Taklimat tugas dikendalikan oleh DSP Tan Hock Tho, DSP Operasi Penguatkuasa Operasi Kontinjen



Gambar sekitar operasi



Pemeriksaan lesen dan cukai jalan penunggang motosikal berkuasa tinggi


Point 1 dan 2 mengendalikan sekatan jalan


Salah seorang anggota trafik menunjukkan saiz standard bagi nombor plat kenderaan


DSP Tan Hock Tho memeriksa permit dan lesen salah seorang pemandu bas
 
Karangan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Matius Gabriel & Sjn Zaiddin bin Dahalan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Check saman dengan sms

POLIS SAMAN [No Kenderaan] hantar ke 32728

ATAU

POLIS SAMAN [No i/c] hantar ke 32728


Balasan yang anda akan terima kalau ada saman:

RM0.50 [no. kenderaan/ic ] : Terdpt X saman berjumlah RM XXX.00 sehingga X tarikh. Saman terperinci taip POLIS SAMAN [noic/no kend] [emel] & sms ke 32728.


Kalau tiada saman :

[No. Kenderaan/ic] : Tiada saman dikeluarkan sehingga X tarikh



Anda juga boleh check saman ke no 15888. Caranya :

Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip POLIS SAMAN NO KAD PENGENALANNO KENDERAAN> dan hantar ke 15888

Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20