25 unit TruCAM telah digunakan pada mulanya di Lembah Kelang, dan menurut kata Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Datuk Abd Aziz Yusof, kamera ini sungguh efektif dan menjimatkan masa.
Seramai 35 anggota polis trafik dari Kedah, Pulau Pinang dan Perlis
telah menghadiri kursus pengendalian TruCAM ini. Sejak dari penggunaan
TruCAM ini, didapati pesalah trafik yang memandu melebihi had laju lebih
mudah dikesan. Dengan kualiti gambar lebih tinggi, TruCAM dapat
mengelakkan kesilapan anggota polis untuk mengeluarkan saman.
Dalam hal ini, pengguna jalan raya yang mempunyai keraguan pasti
terjawab dengan TruCAM ini. Dengan imej yang menunjukkan nombor
pendaftaran yang jelas, pasti tidak akan meragukan sesiapa yang disaman
ini.
TruCAM yang menghasilkan kualiti gambar yang tinggi ini boleh
melakukannya dengan efektif pada jarak 1200m dan juga dapat mengesan
pemandu yang memandu pada kelajuan 320km/j.
Sungguhpun begitu, terima kasih kepada penyumbang gambar saman di atas.
Had laju yang dikesan ialan 220km/j dan ini membuktikan keupayaan TruCAM
yang mungkin meragui para pembaca.
sumber : http://selangor2u.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan