Ahad, 18 Disember 2011

Perkara yang BODOH Berlaku di Jalanraya

Bila kita bawa kenderaan kat jalanraya mesti ade jer pemandu yang menyakitkan hati. Rasa cam nak langgar jer, tapi kalau kita langgar kita pulak yang kene saman (RM300 tu..) hehe. Aku nak kongsi perkara yang berlaku kat jalanraya yang boleh membuatkan darah aku naik tahap gabann..


1. Kereta depan bawak slow di lane kanan terutamannya kat highway.

Inilah yang akan berlaku bila KELDAI bawak kereta. Dah tau bawak slow ada hati nak duk lane laju. Aku cukup menyampah bila bagi lampu tinggi dia buat dont know jer. Ada ke patut kelajuan highway 110km/j dia bawak 90km/j duk lane kanan. Sape tak panas hati. Tu la rasa cam nak langgar jer. Ramai betul pemandu 'DUNGU' macam ni. Sabar..sabar..




2. Traffic Light hijau bawak cam siput. 
 




Ini satu lagi hal, dah la traffic light hijau org depan lambat jln pulak tu.. pastu bawak slow nak mampus.. dia tak pikir orang belakang ni pun nak lepas jugak..


3. Dah sampai simpang baru bagi signal atau  tak bagi langsung.


Aku sangat menyampah kalau orang depan dah sampai simpang baru bagi signal atau tak bagi signal langsung. Orang kata sampai berdirila brek kete kehkeh... nak elak punya pasal. Diorang ni tak taula nak cakap bodoh ker cane. Bila ambik lesen mesti dah blajar bagi signal. Perkara2 cuai macam ni la boleh mengundang kemalangan.  Tak ker menyusahkan orang.

4. Bila hujan lebat tak nak bukak lampu.


Bukan kene bayar pun bukak lampu kete!!! Menyusahkan orang betul.. Agak susah melihat kete dalam hujan lebat kalau tak pasang lampu terutamannya kete berwarna gelap. Nak terkeluar bijik mata duk perhati kete depan. Apa salahnya bukak lampu. Senang jer orang alert kalau ade kete lain. Paling bahaya kalau nak keluar simpang.. tak nampak kete yang datang.

Nampak ker kete kat luar yang tak pasang lampu kalau hujan cam ni..



5. Bila bagi 'Hazard Light' kerete depan buat bodo jer.


Aku pernah kena sekali time emergency anak aku sakit, nak hantar hospital, kete depan buat tak tau jer aku pasang "HAZARD LIGHT". Lane ada dua, dia duk lane kanan bawak slow, aku hon pun dia buat tak tau jer.. aku bengang betul. Nak potong ikut kiri tak boleh, ade kete bawak slow. Memang betulla lane kiri untuk kenderaan slow. Aku dah start sumpah seranah kat mamat tu.. Masa tu aku PANAS memang tahap gaban..  Aku celah jugak potong dia ikut kiri bila aku nampak ada sikit ruang, then terus masuk kanan aku himpit dia kaw2 gila.. menjajau dia brek ke tepi. Aku cakap dalam hati pegi mampusla kau. Aku tengah emergency ni. Kepada pemandu-pemandu diluar sana apakah perasaan anda kalau anda dalam keadaan emergency orang  tak bagi jalan? Tak kene kat batang hidung sendiri tak apela.. Kalau dah kene nanti baru tau cane perasaannya.. Timbang rasala sikit bila lihat orang pasang 'HAZARD LIGHT' mesti ada sesuatu.




6. Buat "U TURN" kat Traffic Light lambat nak mampos.

Bila traffic light dah hijau masih lagi tergagap-gagap nak buat U-TURN. Apa nak takut jalan tu memang luas dan sesuai untuk U-TURN. Jangan risau memang lepasnya kalau kete kancil hehe.. Tup-tup dah merah balik baru 4 atau 5 bijik kete yang lepas U-TURN. Adoi2 pening2... Sabar..sabar..





7. Bagi signal nak masuk kiri/kanan orang taknak bagi jalan.


Susah betul nak mengubah sikap segelintir pemendu-pemandu di Malaysia yang "berhemah" ini. KERAS KEPALA dan BODOH SOMBONG dan memang tak boleh diubah lagi aku rasa. SUSAH betul nak bagi jalan kalau pemandu lain nak masuk lane dan kuar simpang. "LANTAK LER KO BAGI SIGNAL PUN, INI JLN AKU, KO TAK BOLEH MASUK.. KO MASUK AKU LANGGAR". Aku cukup menyampah dan panas hati kalau pemandu macam ni sebab aku selalu brek bagi org lain jalan kalau sapa-sapa bagi signal.(puji diri sendiri kehkeh)



8. Buang sampah keluar kenderaan.

Haa ni satu lagi jenis pemandu yang bangang, yang tak reti hormat orang dan jalanraya. Sesuka hati jer buang kat luar. Mak/bapak/anak same jer... makan rambutan dalam kete buang kat luar tak ke bodoh dan pengotor namanya tu. Kalau makan durian buang kulit kat luar nescaya ramai penunggang motosikal maut tertelan kulit durian kehkeh.. Bukannya nak ajar anak-anak supaya jaga kebersihan dan hormat pemandu lain, dia sendiri pun ikut sama..


9. Kereta cucuk rapat2 kat belakang, walhal depan "traffic light" merah.

Aku pun tak paham jenis aper orang2 macam ni. Nak cucuk-cucuk pulak bontot kete org dah nampak lampu merah kat depan. Bukannyer blh lepas pun. Takkanla aku nak bawak 150km/j  bila dah dkt dgn lampu isyarat. Tak ke bodoh namanya tu.



10. Meludah keluar kenderaan.



Nak meludah agak2 la. Tengok belakang dulu kalau takde org baru meludah. Ni tidak.. tak tengok belakang, tau-tau dah bertempek lendir kat muka penunggang motosikal kehkeh.. TAPI DISARANKAN JANGAN MELUDAH MERATA-RATA kerana orang yang suka meludah adalah PENGOTOR dan SANGAT MENJIJIKKAN.


11. Bawak kete laju-laju langgar air lopak air biar pejalan kaki basah.

Ni memang pemandu jahat dan tidak berhati perut. Dah nampak ada lopak air lepas ujan, slowkanla kenderaan bila nampak pejalan kaki. Berperikemanusiaanla sikit...Ini tidak.. langgar je lopak air sampai org jln kaki basah kuyup dan kotor.. Kalau kene tang idung sendiri baru tau panas beb.. Aku cukup kesian kalau tengok perkara ni berlaku... sebab aku pun pernah kene kihkih... Baran beb..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Check saman dengan sms

POLIS SAMAN [No Kenderaan] hantar ke 32728

ATAU

POLIS SAMAN [No i/c] hantar ke 32728


Balasan yang anda akan terima kalau ada saman:

RM0.50 [no. kenderaan/ic ] : Terdpt X saman berjumlah RM XXX.00 sehingga X tarikh. Saman terperinci taip POLIS SAMAN [noic/no kend] [emel] & sms ke 32728.


Kalau tiada saman :

[No. Kenderaan/ic] : Tiada saman dikeluarkan sehingga X tarikh



Anda juga boleh check saman ke no 15888. Caranya :

Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip POLIS SAMAN NO KAD PENGENALANNO KENDERAAN> dan hantar ke 15888

Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20