Sekarang ini Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menjadi buah mulut semua penjawat awam (1.4 juta kakitangan awam) negara ini. SBPA dibahagikan kepada 3 kategori iaitu :
CUEPEC meminta penjawat awam tidak menandatangani OPSYEN SBPA kerana tiada penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji
tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit
policy dan mereka akan bertemu dengan Perdana Menteri untuk membuat bantahan pada 19 disember 2011.
SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN
Malaysia InsiderOleh G Manimaran
December 15, 2011
KUALA
LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah
pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan
menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim
gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana
menteri minggu depan.
Timbalan
Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi
membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang
penjelasan khususnya perubahan gaji.
“Kami
memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa
perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The
Malaysian Insider di Perlis.
Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.
Azih
berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan
pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang
berkaitan.
“Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak
memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan
SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai
dasar pemisah atau exit policy.
“Kakitangan
awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta
tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata
beliau.
Cuepacs
mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi
membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari
ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Opsyen
menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak
puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar
pemisah atau ‘exit policy’.
Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.
Semalam,
Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di
Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami
hanya menyentuh perkara dasar.”
“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.
Katanya,
tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat
awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.
“Pada
pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam
tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan
penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.
Tambah
beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah
negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka
tidak memahami dengan jelas SBPA.
Antara
perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat
markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan
kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.
BEBERAPA OPSYEN SBPA DI BANTAH
Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my
2011/12/16
CUEPACS minta 1.4 juta kakitangan awam tidak tandatangan surat tawaran JPA
KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam membantah pelaksanaan beberapa opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwanya kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu. Serentak itu, kongres berkenaan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya skim berkenaan. Keputusan itu dibuat hasil undian sebulat suara 125 perwakilan CUEPACS seluruh negara yang berhimpun selama dua hari bermula kelmarin membincangkan isu pelaksanaan SBPA pada Mesyuarat Kongres Khas yang berlangsung di Hotel Putra Brasmana, di sini.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata keputusan membantah opsyen SBPA dibuat pada mesyuarat itu berdasarkan kepada pertimbangan wajar 125 perwakilan, sebagai mewakili isi hati 1.4 juta penjawat awam seluruh negara.
Katanya, lima inti pati digariskan melalui bantahan untuk dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka ditemui pada 19 Disember ini, antara lain meliputi desakan pembatalan Exit Policy selain penjelasan kedudukan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus seperti diumumkan melalui SBPA baru-baru ini.
“Buat masa sekarang, kita membantah pelaksanaan beberapa opsyen SBPA dan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatanganinya terlebih dulu sebelum rundingan antara CUEPACS dan Perdana Menteri diadakan.
“Kita akan tetapkan temu janji pada 19 Disember ini, yang mana semua 125 perwakilan kongres seluruh
negara dijangka menemui Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya bagi membincangkan secara terperinci permintaan serta desakan CUEPACS dalam SBPA,” katanya.
SBPA diumumkan Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu dijangka membawa pelbagai faedah dan insentif kepada kakitangan awam yang dilaksanakan mulai tahun depan dengan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan yang dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.
Ditanya mengenai lima tuntutan terbabit, Omar berkata selain pembatalan Exit Policy dan penjelasan mengenai kedudukan pelarasan gaji, CUEPACS turut mendakwa tiada sebarang rundingan bersama diadakan antara kongres itu dan JPA yang dilihat memungkinkan wujudnya unsur berat sebelah.
“Kita juga nasihatkan pihak lain yang tiada kaitan dengan CUEPACS supaya tidak campur tangan dalam soal perjuangan kongres kerana ini hak kami untuk pertahankan kepentingan semua penjawat awam,” katanya.

TANGANI SEGERA ISU BANTAHAN SKIM SBPA
Utusan Malaysia
Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
17/12/2011
Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
17/12/2011
DI
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya di Presint Diplomatik pagi
semalam, pegawai pusat khidmat berkenaan menerima kedatangan tiga orang
penjawat awam. Tidak seperti mana kebiasaannya didatangi isu-isu kecil,
kali ini ia didatangkan tentang soal bantahan terhadap skim Saraan
Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Salah
seorang daripadanya berkata, jika dahulu penilaian kenaikan gaji
berdasarkan prestasi, menerusi SBPA nanti, ia akan ditentukan oleh
cadangan daripada bos mereka. "Kalau menerusi cadangan, dapatkah kami
kenaikan gaji yang lebih baik, apa jaminan kepada kakitangan sokongan,"
katanya.
Isu
mengenai bantahan terhadap skim SBPA ini perlu diselesaikan segera. Ini
memandangkan hampir 90 peratus daripada jumlah pengundi di Putrajaya
terdiri daripada penjawat awam. Daripada keseluruhan 90 peratus itu
pula, 90 peratus daripadanya adalah kumpulan sokongan.
Kerajaan
sejak kebelakangan ini telah bermula dengan baik dalam
langkah-langkahnya yang cenderung memenangkan pihak rakyat dalam soal
yang berupa kepentingan untuk rakyat. Apatah lagi kepada penjawat awam.
Imbuhan RM100 kepada pelajar sekolah sudah disalurkan, bantuan RM500
menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pun sedang diusahakan.
Kemungkinan masih ramai yang tidak memahami terma yang terkandung dalam SBPA ini.
Dan
Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam perkhidmatan Awam (CUEPACS) juga
membantah skim ini kerana menurut Presidennya, Datuk Omar Osman banyak
perkara yang tidak jelas dalam tawaran berkenaan. Kesatuan tersebut yang
mewakili 1.4 juta penjawat awam mahukan rundingan lanjut diadakan bagi
membincangkan mengenai skim berkenaan.
SPBA
diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada
pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu yang menjanjikan skim gaji lebih
baik berasaskan merit serta kenaikan tahunan di antara RM80 dan RM300.
Dalam
pengamatan kerajaan, skim ini baik untuk penjawat awam tetapi di
sebelah pihak ia barangkali ada terma yang tidak bersesuaian.
Sewajarnya tidak ada unsur paksaan untuk penjawat awam menandatangani surat tawaran skim SBPA yang ditutup 30 Disember ini.
Ketua
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah
ketika mengulas mengenai tawaran skim itu baru-baru ini menyatakan,
hanya penjawat awam yang mempunyai alasan yang munasabah dibenarkan
memulangkan surat tawaran itu selepas tarikh berkenaan seperti sakit
atau berada di luar negara.
Dan
mereka yang tidak menerima opsyen itu akan kekal kepada skim
perkhidmatan lama sekali gus tidak akan menerima sebarang penambahbaikan
terhadap skim tersebut.
Apa
pun, penulis berharap pertemuan Exco-exco CUEPACS dengan Perdana
Menteri pada tengah hari 22 Disember ini bagi berunding mengenai
bantahan skim SBPA tersebut, akan ada situasi 'menang-menang'.
CUEPACS PERLU PERJELAS RASA TIDAK PUAS HATI TERHADAP OPSYEN SBPA - DR SUBRAMANIAN
Bernama
17/12/2011
17/12/2011
SERI KEMBANGAN, 17 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja
dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) perlu menjelaskan secara lebih
terperinci kepada kerajaan berhubung rasa tidak puas hati terhadap Skim
Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) supaya ia dapat ditangani secepat
mungkin.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan antara cara terbaik dalam membantu kerajaan mengambil langkah yang dapat menggembirakan semua pihak.
"Tujuan kerajaan ialah untuk membuat penambahbaikan dan peluang tambahan kepada anggota perkhidmatan awam, tetapi kalau ini mendatangkan isu, Cuepacs kena jelaskan kepada kerajaan supaya perkara itu boleh ditangani dan semua orang puas hati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan "Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar" di sini, pada Sabtu.
Laporan sebelum ini menyebut Cuepacs akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin bagi membincangkan mengenai SBPA yang disifatkan tidak begitu adil.
Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata skim baru yang ditawarkan itu bukan satu paksaan, malah terpulang kepada kakitangan kerajaan untuk menerima tawaran atau kekal dengan sistem lama.
Konvensyen yang dihadiri perwakilan dari 20 buah negara itu diadakan bagi membincangkan isu hak asasi untuk golongan terpinggir serta memperjuangkan konsep dan prinsip kesamarataan selaras dengan falsafah dan ajaran Dr B.R. Ambedkar.
Beliau merupakan seorang pakar undang-undang India, pemimpin politik, ahli falsafah, antropologi dan ekonomi, serta antara pengasas negara India merdeka.

INi UNTUK ANDA FIKIRKAN
Adakah persoalan dan perkara sebegini akan timbul apabila SBPA terlaksana?
- Betul ke kakitangan sokongan akan diberikan kenaikan gaji secara adil?
- Kipas mengipas bos akan berleluasa dengan jayanya?
- Apakah yang akan berlaku sekiranya seseorang itu tidak pandai mengipas tetapi sangat kompeten terhadap kerja?
- Adakah kompeten kakitangan terhadap kerja akan hilang bila berlakunya kipas mengipas bos?
- Apakah yang akan berlaku sekiranya bos bukan seorang yang jujur dan pilih kasih?
- Adakah sistem perhambaan boleh terjadi semula?
- Betul ke bos boleh bertindak adil untuk semua kakitangan bawahan? Apa jaminannya?
Antara komen-komen orang ramai yang aku jumpa kat internet. Ada yang setuju dan tidak setuju dengan dengan CUEPACS. Terpulanglah kepada anda untuk menilainya. keputusan ditangan anda. Cuma jangan disebabkan perkara begini kita bergaduh sesama sendiri.
TERPULANGLAH KEPADA ANDA UNTUK MENILAINYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan