6 wanita kaki kelentong diburu
IPOH : Enam wanita turut tersenarai dalam carta penjenayah paling
dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terbabit jenayah
penipuan khususnya membabitkan pelaburan haram dan skim cepat kaya.
Enam wanita warga Malaysia itu layak dilabel ‘ratu putar alam’ ini
kerana amat licik menjalankan penipuan hingga membolehkan mereka
mengaut hasil penipuan bernilai ratusan juta ringgit.
Sumber Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman memberitahu
Harian Metro, keenam-enam mereka yang berusia 33 dan 51 tahun sukar
dikesan kerana dipercayai sudah menyusup ke luar negara selain melakukan
penyamaran fizikal dan menukar identiti pengenalan diri.
Sehubungan itu, katanya, PDRM menjalin kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejak mereka, tambahan pula sebahagian daripada mereka dikehendaki polis negara lain kerana melakukan jenayah di negara berkenaan.

Menurutnya, seorang daripada penjenayah dikehendaki itu ialah Rohaniza Aladib, 33, yang disyaki terbabit penipuan ratusan mangsa termasuk beberapa artis terkenal tanah air sehingga mencecah RM400 juta.
Sumber : Harian Metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan