Selasa, 20 Mac 2012

Kes culik terbaru...Pelajar sekolah diculik di Kuantan...

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanktn@gmail.com

Nor Mala Mohd. Lazin bersama suaminya, Mahadi Muda dan anaknya, Siti Nurul Aishah menunjukkan Siti Nur Fatihah (gambar kecil) yang didakwa diculik di Kuantan, semalam.

KUANTAN 19 Mac - Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga dilaporkan diculik ketika keluar bersama dua adiknya untuk membeli kad nilai tambah prabayar di sebuah kedai telefon bimbit berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini semalam.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, itu keluar dari rumahnya pukul 12 tengah hari bersama dua adiknya iaitu Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman yang masing-masing berusia 11 tahun.

Ibunya, Nor Mala Mohd. Lazin, 34, berkata, dia terkejut apabila mendapati kedua-dua anaknya itu pulang tergesa-gesa ke rumah sambil menangis.

Mangsa dipercayai dilarikan dengan sebuah kereta jenis Honda berwarna gelap oleh tiga individu termasuk seorang wanita tidak dikenali, katanya di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Mahadi Muda di talian 019 9897807 atau 019 9813361 .

sumber : utusan online dan
              http://www.abgteror.com/siti-nur-fatihah-diculik-ketika-beli-kad-topup/

Ini merupakan kes culik terbaru berlaku di Malaysia. Negara kita sekarang ini semakin merbahaya terutamanya kepada kanak-kanak dan remaja perempuan. Aku pun tak tau apa nak jadi dengan negara kita.

Pagi tadi aku mendengar Radio Hot FM (radio feveret gua hehe..) yang mana telah menelefon En Mahadi ayah si mangsa. Beliau mengatakan semasa kejadian ramai orang disekeliling dan tiada sesiapa pun yang menolong. Aku terasa amat sedih kerana mengapa tiada insan yang menolong, yang dibuat hanya melihat, dimanakah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Sekiranya ada yang menolong, mungkin perkara begini boleh diatasi. Ini mungkin kerana sifat malas menjaga tepi kain orang. Ya betul... tak baik jaga tepi kain orang tetapi sekarang ini kita perlu lebih mengambil tahu hal orang supaya kita boleh menolong sekiranya ada lagi perkara2 sebegini berlaku terutamanya jika berlaku didepan mata kita.

Diucapkan takziah kepada keluarga Siti Nur Fatihah Mahadi semoga siti ditemui semula dengan selamat hendaknya..Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Check saman dengan sms

POLIS SAMAN [No Kenderaan] hantar ke 32728

ATAU

POLIS SAMAN [No i/c] hantar ke 32728


Balasan yang anda akan terima kalau ada saman:

RM0.50 [no. kenderaan/ic ] : Terdpt X saman berjumlah RM XXX.00 sehingga X tarikh. Saman terperinci taip POLIS SAMAN [noic/no kend] [emel] & sms ke 32728.


Kalau tiada saman :

[No. Kenderaan/ic] : Tiada saman dikeluarkan sehingga X tarikh



Anda juga boleh check saman ke no 15888. Caranya :

Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip POLIS SAMAN NO KAD PENGENALANNO KENDERAAN> dan hantar ke 15888

Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20