Isnin, 7 Mac 2011

Pelaksanaan Kadar Kompaun Baru Oleh Kerajaan


Berhati-hatilah kepada semua pengguna jalanraya kerana Kadar Kompaun Baru telah dikeluarkan oleh kerajaan. Janganlah melanggar peraturan jalanraya kerana mendatangkan bahaya kepada diri anda sendiri dan juga orang lain. Jangan sampai anda dikenakan saman kesalahan jalanraya kerana ia akan membebankan anda.

dari portal JPJ :
Kerajaan telah bersetuju dengan Pelaksanaan Kadar Kompaun Baru Bagi Kesalahan Lalu Lintas dibuat berkuatkuasa 01 Mac 2011. Berikut adalah jadual kadar kompaun baru:

Download Kadar Kompaun Baru dari portal rasmi JPJ :  Klik sini

Kadar kompaun baru ini juga telah diputuskan mengambil kira keperluan semua agensi penguatkuasa dan akan digunapakai secara seragam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Perbadanan Putrajaya dan Majlis Berkuasa Tempatan. Kadar kompaun baru ini adalah terpakai bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan pada atau selepas 1 Mac 2011 manakala kesalahan sebelum 1 Mac 2011 masih menggunapakai kadar kompaun sedia ada.

Berhati-hati semasa memandu. Ingat orang tersayang...

Kata-kata dari aku...

JANGAN MUDAH LANGGAR PERATURAN...
JANGAN SUSAH IKUT PERATURAN...
BUKAN SENANG NAK SENANG..
BUKAN SUSAH NAK SUSAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Check saman dengan sms

POLIS SAMAN [No Kenderaan] hantar ke 32728

ATAU

POLIS SAMAN [No i/c] hantar ke 32728


Balasan yang anda akan terima kalau ada saman:

RM0.50 [no. kenderaan/ic ] : Terdpt X saman berjumlah RM XXX.00 sehingga X tarikh. Saman terperinci taip POLIS SAMAN [noic/no kend] [emel] & sms ke 32728.


Kalau tiada saman :

[No. Kenderaan/ic] : Tiada saman dikeluarkan sehingga X tarikh



Anda juga boleh check saman ke no 15888. Caranya :

Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip POLIS SAMAN NO KAD PENGENALANNO KENDERAAN> dan hantar ke 15888

Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20