Ahad, 15 Mei 2011

Penggunaan Semula Nombor Pendaftaran Kenderaan

Untuk pengetahuan anda semua... JPJ membenarkan kita menggunakan semula No. Pendaftaran kenderaan yang hilang (Kenderaan kita sahaja bukan orang lain punya hehe..) sapa tak nak kan.. kene pulak no. canteek lagila .. Apa lagi lekas pergi JPJ berdekatan, tak pun telefon jer tanya..

Berikut adalah sedikit maklumat sebagai panduan..

Selaras dengan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemilik kenderaan boleh menggunakan semula nombor pendaftaran yang pernah didaftarkan atas kenderaan yang telah dilaporkan hilang atau dicuri.
icon Borang guna semula


1.1 Salinan Borang Permohonan Menggunakan Semula Nombor Pendaftaran Kenderaan Yang Telah Hilang Atau Dicuri [JPJK13(pind.1.2011)] yang telah lengkap diisi; dan
 2.1 Salinan laporan Polis berhubung kehilangan kenderaan.

Kelulusan untuk menggunakan semula nombor pendaftaran tersebut adalah juga tertakluk kepada pelepasan senarai hitam daripada Polis Diraja Malaysia. Bayaran sebanyak RM200 akan dikenakan semasa nombor pendaftaran tersebut didaftarkan ke atas kenderaan baru kelak.
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dibuat kepada Bahagian Pelesenan Kenderaan, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia di talian 03-88866427

Sumber : http://portal.jpj.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Check saman dengan sms

POLIS SAMAN [No Kenderaan] hantar ke 32728

ATAU

POLIS SAMAN [No i/c] hantar ke 32728


Balasan yang anda akan terima kalau ada saman:

RM0.50 [no. kenderaan/ic ] : Terdpt X saman berjumlah RM XXX.00 sehingga X tarikh. Saman terperinci taip POLIS SAMAN [noic/no kend] [emel] & sms ke 32728.


Kalau tiada saman :

[No. Kenderaan/ic] : Tiada saman dikeluarkan sehingga X tarikh



Anda juga boleh check saman ke no 15888. Caranya :

Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip POLIS SAMAN NO KAD PENGENALANNO KENDERAAN> dan hantar ke 15888

Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20