sumber gambar: Ammboi.com
Kematian rafizi hamdan menjadi bualan hangat apabila kejadian menimpa
dirinya dikeluarkan pembaca berita tv9 semalam. kemalangan ngeri itu
berlaku di susur keluar taman melawati. Rafizi hamdan dirempuh laju dari
arah belakang, mangsa maut ditempat kejadian akibat cedera parah
dikepala.
Bukti kejadian berkenaan telah mula tersebar diinternet apabila no
kenderaan wck 2290 berada berhampiran mangsa selain satu rakaman cctv
telah dimuat naik di youtube. pesalah telah ditahan akibat dari no
kenderaan yang tertanggal selepas kejadian langgar berkenaan.
Seorang ahli Kelab Basikal LeTua, maut selepas dirempuh sebuah kereta
ketika sedang berbasikal di Jalan Lingkaran Tengah II, dekat susur
Taman Melawati di sini pagi ini. Mangsa, Rafizi Hamdan, 37, yang juga
rakan penaja kelab basikal yang pernah menyertai Le Tour de Langkawi
sebelum ini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah
di kepala.
Ketika kemalangan pada pukul 7.50 pagi itu, mangsa yang bekerja
sebagai pegawai bank dalam perjalanan ke Batu 12, Gombak. Ketika melalui
lokasi kemalangan, sebuah kereta dipercayai jenis Proton Saga yang
dipandu laju telah merempuh mangsa yang sedang mengayuh basikal. Rafizi
yang telah berumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata mengalami
kecederaan teruk di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
sumber : oh tidak.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan