Pemandu pasukan Ferrari, Fernando Alonso dinobatkan sebagai juara pada pusingan kedua Formula
Satu (F1) Grand Prix
Malaysia Petronas 2012 di Litar Antarabangsa Sepang. Perlumbaan berprestij dunia edisi ke14, menyaksikan pelumba dari pasukan Ferrari ini bangkit mendahului perlumbaan selepas perlumbaan diberhentikan selama 50 minit akibat hujan lebat.
Walaupun bermula pada petak ke-9, dia berjaya memintas ke semua pelumba yang berada dihadapannya.
sebaik sahaja perlumbaan diteruskan semula. Alonso
menghabiskan 5.543 kilometer ini dengan catatan masa 2:44:51.812. Tempat kedua diraih oleh pelumba Sauber, Sergio Perez, manakala turut
menaiki podium di tempat ketiga ialah Lewis Hamilton (McLaren
Mercedes).
Fernando Alonso kini mendahului mata pelumba 35 mata meninggalkan Lewis Hamilton 30 mata dan Jenson Button dengan 25 mata untuk tempat ketiga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan