BACHOK- Ibu mana yang tidak tersentuh bila melihat anak kandung yang
dilahirkan tidak seperti kanak-kanak lain yang melalui hidup secara
normal.
Namun, bagi bagi Asliza Omar,30,keganjilan tubuh anaknya, Nurul Afida
Razi,3, yang berbulu diseluruhi badan tidak pernah membuatkan dia
merasa rendah diri.
Menurut Asliza,bulu yang ada pada tubuh anak bongsu dari tiga
adik-beradik wujud sejak dilahirkan dan menyebabkan dia mempunyai kad
kanak-kanak kurang upaya(OKU).
“Sejak lahir lagi, bulu lebat di badan Nurul, namun dia tiada masalah kesihatan melainkan agak lambat bercakap.
“Saya telah merujuk Nurul Afida ke hospital dan setiap enam bulan dia
akan dibawa untuk pemeriksaan. Ujian darah telah diambil dan menunggu
keputusan daripada pihak hospital,” katanya kepada Sinar Harian ketika
ditemui di rumah di Kampung Changgong,semalam.
Asliza berkata, kali pertama sampel darah Nurul Afida diambil ketika
berusia dua bulan, namun setelah dua tahun menunggu keputusan,pihak
hospital memaklumkan sampel darah anaknya itu hilang.
Oleh itu katanya, dia membawa Nurul Afida kembali ke hospital
terbabit pada 3 Julai 2011 dan temu janji terbarunya pada 9 April nanti.
Asliza berkata, dia sendiri tidak tahu bagaimana keadaan itu boleh
berlaku terhadap Nurul Afida, namun tidak kekok untuk membawa anaknya
itu ke mana-mana majlis. Dua lagi adik beradik Nurul Afida, Mohd Zulkifli Hanif,8, dan Nurul Aimi,7 normal dan tidak mengalami kesihatan.
Menceritakan keadaannya, Asliza berkata, dia tidak pernah mengalami
kejadian yang pelik semasa mengandungkan Nurul Afida, namun mengakui
pernah melihat lembaga semasa berada di pantai.
“Sebulan sebelum saya hamil, beberapa minit sebelum Maghrib, saya
bersiar-siar di pantai dan tiba-tiba terlihat satu lembaga seperti
seekor kambing yang datang dari arah laut.
“Ia berwarna hitam dan berbulu, saya tidak terkejut atau menegur
makhluk itu dan menganggap ia biasa sahaja. Beberapa minggu selepas
itulah baru saya hamilkan Nurul Afida,” katanya. Bagaimanapun, Asliza berkata, keadaan Nurul Afida tidak seteruk yang
dihidapi beberapa kes sama yang berlaku di dunia, sehingga menjejaskan
kehidupan seharian.
Menurutnya, bulu yang tumbuh pada badan Nurul Afida hanya kelihatan
lebat, namun tidak menjejaskan saluran pernafasan atau penglihatannya. Azliza berkata, dia dan suaminya, Razi Mohd Nor,37 yang bekerja
sebagai nelayan reda dengan ketentuan tuhan dan mengharapkan anak itu
kembali normal setelah mendapat rawatan dari pihak hospital.
Dalam pada itu, ketika dihubungi,Hospital Raja Perempuan Zainab Kota
Bharu (HRPZ) akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam masa
terdekat.
Kejadian di dunia
Untuk rekod kanak-kanak perempuan di Thailand, Supatra Sasuphan,12,
berbulu di seluruh badan dipercayai mengidap Sindrom Ambras itu sejenis
penyakit akibat genetik kromosom. Mengikut rekod hanya 50 individu di
dunia pernah mengidapnya.
Manakala,di Mumbai, India, tiga gadis Aavita,23, Monisha,18, dan
Savitri,18, berdepan kemungkinan menjadi anak dara tua akibat
pertumbuhan bulu tidak terkawal akibat penyakit Hypertrichosis
Universalis.
Mengikut nisbah, penyakit itu dihidap seorang daripada satu bilion penduduk dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan