Isnin, 26 Mac 2012

Rumah Mawi Dirompak




KUALA LUMPUR, 26 MAC 2012: Kediaman juara Akademi Fantasia musim ke 3, Mawi yang terletak di Bandar Baru Bangi dikatakan telah dirompak dalam satu kejadian yang berlaku awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 31, sedang berada di rumah bersama isteri, Nora'Asikin Rahmat atau Ekin, 32, bersama anak dan ibu mertuanya.

Ekin ketika ini masih berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka, Cahaya Malaika, 28 Februari yang lalu. Manakala ibu mertua Mawi telah tinggal bersama mereka untuk menjaga Ekin yang kini didalam pantang.

Berdasarkan laporan berita yang disiarkan tengahari tadi, Mawi dan ahli keluarganya telah diikat dan barangan bernilai RM10,000 telah dilarikan perompak tersebut.

Sehingga kini Mawi masih lagi tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbit penyanyi berkenaan dan isteri turut sama dilarikan perompak berkenaan.

Malah difahamkan mereka sekeluarga masih lagi trauma dengan kejadian yang berlaku awal pagi tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Check saman dengan sms

POLIS SAMAN [No Kenderaan] hantar ke 32728

ATAU

POLIS SAMAN [No i/c] hantar ke 32728


Balasan yang anda akan terima kalau ada saman:

RM0.50 [no. kenderaan/ic ] : Terdpt X saman berjumlah RM XXX.00 sehingga X tarikh. Saman terperinci taip POLIS SAMAN [noic/no kend] [emel] & sms ke 32728.


Kalau tiada saman :

[No. Kenderaan/ic] : Tiada saman dikeluarkan sehingga X tarikh



Anda juga boleh check saman ke no 15888. Caranya :

Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip POLIS SAMAN NO KAD PENGENALANNO KENDERAAN> dan hantar ke 15888

Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20