Selasa, 4 Januari 2011

Had Laju negara kita

                                                      Had Laju Kebangsaan
Had Laju Kebangsaan adalah satu set had laju yang ditetapkan bagi semua jalan raya dan lebuh raya di Malaysia. Memandu melebihi Had Laju Kebangsaan adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dikompaun maksimum RM300.


Had laju utama
Lebuhraya: 110 km/j (70 bsj), tetapi ada kalanya diturunkan kepada antara 80 atau 90 km/j (50-55 bsj) di kawasan bukit berbahaya, kawasan angin lintang serta bahagian yang mempunyai kadar aliran trafik yang tinggi di kawasan bandar.
Jalan persekutuan: 90 km/j, diturunkan kepada 60 km/j (40 bsj) di kawasan bandar.
Jalan negeri: 90 km/j, diturunkan kepada 60 km/j (40 bsj) di kawasan bandar.

Had laju kenderaan berat
Kenderaan berat dikenakan had laju khusus bagi menjaga keselamatan di jalan raya. Malangnya, kebanyakan kenderaan berat sering mengingkari had laju yang ditetapkan.

Lebuhraya: 80-90 km/j (50-55 bsj).
Jalan persekutuan dan negeri: 70-80 km/j (45-50 bsj), 60 km/j (40 bsj) di kawasan bandar.

Had laju lain
Had laju 35 km/j (20 bsj) dikuatkuasakan di kawasan sekolah ketika waktu puncak. Selain itu, kereta yang memasang gerabak trailer kecil di belakang juga dikenakan had laju yang sama seperti kenderaan berat.

Polis Diraja Malaysia mula menguatkuasakan had laju yang lebih rendah pada musim perayaan di jalan raya persekutuan dan negeri, daripada 90 km/j (55 bsj) kepada 80 km/j (50 bsj).

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Had_Laju_Kebangsaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Check saman dengan sms

POLIS SAMAN [No Kenderaan] hantar ke 32728

ATAU

POLIS SAMAN [No i/c] hantar ke 32728


Balasan yang anda akan terima kalau ada saman:

RM0.50 [no. kenderaan/ic ] : Terdpt X saman berjumlah RM XXX.00 sehingga X tarikh. Saman terperinci taip POLIS SAMAN [noic/no kend] [emel] & sms ke 32728.


Kalau tiada saman :

[No. Kenderaan/ic] : Tiada saman dikeluarkan sehingga X tarikh



Anda juga boleh check saman ke no 15888. Caranya :

Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip POLIS SAMAN NO KAD PENGENALANNO KENDERAAN> dan hantar ke 15888

Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20