BANGGA.
Itulah yang mampu diperkatakan bila pertama kali melihat rupa model Proton terbaru, Proton Prevé. Ia lebih cantik dilihat dengan mata sendiri dari di dalam gambar atau skrin komputer. Lampu posisi LED (bukan DRL, hanya dibuka bila lampu utama dibuka), profil bamper ala Eropah dan lampu belakang LED yang tirus dan moden, Prevé jauh nampak lebih kemas dari model Jepun dalam kategori yang sama.
Itulah yang mampu diperkatakan bila pertama kali melihat rupa model Proton terbaru, Proton Prevé. Ia lebih cantik dilihat dengan mata sendiri dari di dalam gambar atau skrin komputer. Lampu posisi LED (bukan DRL, hanya dibuka bila lampu utama dibuka), profil bamper ala Eropah dan lampu belakang LED yang tirus dan moden, Prevé jauh nampak lebih kemas dari model Jepun dalam kategori yang sama.
Para media dijemput untuk menghadiri
satu sesi preview untuk Proton terbaru ini di Putrajaya, dan pihak
Funtastickodesign dan Auto Anda dijemput untuk menyaksikan sendiri hasil
usaha proton selama 2 tahun ini. Konsep produk ialah ke arah sebuah
sedan keluarga yang elegan dan selesa. Sasaran pasaran pula ialah
keluarga kecil (suami berusia hujung 20-an hingga 40-an) dan untuk
mereka yang mencari kereta kedua atau menggantikan kereta pertama.
Sasaran kedua ialah profesional muda dalam umur pertengahan 20-an yang
mahukan sebuah sedan yang sporty.
Bagi yang tertanya tentang nama Prevé,
ia sebenarnya berasal dari perkataan Bahasa Inggeris yang bermaksud “to
prove” atau untuk membuktikan. Cara sebutan asal ialah “preev” tetapi
Proton telah mengubahnya agar nampak lebih komersil. Cara sebutan Prevé
ialah “prae-vae”. Pasti ada yang akan merungut akan
konsep nama ini kerana ramai yang berjiwa Hang Tuah (nasib baik juga
Hyundai dan Kia tidak ada pahlawan kampung di Korea kerana model
kenderaan mereka lebih ke arah barat, contohnya Hyundai Santa Fe (nama
tempat di US), atau Kia Cee’d).
Prevé pada asalnya direka untuk
menggantikan model Persona. Namun permintaan pasaran yang masih kuat
untuk Persona menyebabkan Proton terpaksa menjual model Persona lagi
selepas ini, walaupun speknya akan diturunkan. Bagi pasaran luar, Prevé
akan menggantikan Persona dan juga Waja.
Objektif Proton Prevé ialah untuk
membawa Proton keluar dari kepompong pasaran tempatan. Oleh itu, kesemua
ciri-ciri Prevé lebih ke arah sebuah kenderaan global. Di sini, ia
merangkumi rekabentuk, keselesaan, keselamatan, pengendalian, kualiti
dan prestasi enjin. Dari segi keselesaaan, Prevé mempunyai kabin yang
cukup besar untuk kelasnya (segmen C, sama dengan Toyota Altis, Ford
Focus, Honda Civic dan Kia Forte). Ruang kaki belakang ialah yang
terbesar di dalam kelasnya (815mm) dan ini terbukti di dalam sesi
panduji kami di mana penumpang belakang cukup selesa. Malah, terasa
seperti menaiki sebuah limosin pula.
Ruang letak barang juga antara yang terluas, 508-liter.
Ini mungkin kerana pilihan Proton untuk menggunakan tayar simpanan yang
kecil (space saver) bagi memaksimumkan ruang but. Kami berpendapat ini
ialah satu pilihan bijak kerana tayar space saver lebih ringan dan ini
membantu untuk menjimatkan minyak. Perlu diingatkan juga bahawa Prevé
menggunakan sistem suspensi multilink di belakang, dan bukannya torsion
beam. Namun, ruang but tetap besar dan rata, menjadikan kami hairan
kenapa sesetengah jenama kereta menggunakan alasan menggunakan suspensi
torsion beam yang murah dan kurang efektif itu bagi mendapatkan ruang
but yang besar.
Nampaknya Proton berjaya melakukan satu
packaging yang baik di sini. Ruang lega kepala dan ruang kaki penumpang
depan, kesemuanya luas dan menambahkan lagi ciri keselesaan sedan ini.
Malah, Prevé juga mempunyai banyak konsol tempat letak barang dan ini
cukup membantu bagi mereka yang berkeluarga. Prevé juga ialah model
Proton pertama yang datang dengan coat-hanger, diletakkan di setiap
B-pillar. Namun bagi penduduk Malaysia yang jarang memakai kot, mungkin
ia bakal jadi tempat gantung Milo-ais atau roti canai tapaw.
Papan pemuka nampak lebih konservatif,
dan trim line untuk model CFE nampak lebih menawan dari model IAFM+.
Baru untuk Proton ialah sistem audio Double DIN yang datang dengan skrin
sentuh dan sistem navigasi. Menggunakan hardware dari Bosch dengan
empat speaker, sistem audio ini mudah digunakan dan skrinnya
menghasilkan imej yang cantik. Ia juga mempunyai sistem Bluetooth untuk
telefon.
Proton akhirnya menambahkan fungsi BCM (Body Control Module)
yang diperkenalkan dalam Exora. Diberikan skrin LCD yang besar di
antara tolok tachometer dan speedometer, sistem ini dipanggil SID atau Smart Info Display.
Ia mirip kepada sistem Multi Info Display di dalam kereta Kia atau
Hyundai, namun tidak terdapat di dalam model Honda Civic atau Toyota
Altis.
Informasi yang diberikan ialah trip
meter, penggunaan minyak, distance to empty (berapa km sebelum tangki
kering),bateri kereta dan kunci lemah, amaran mentol terbakar dan
sebagainya. Untuk menukar info, cuma tekan butang pada stalk lampu
(batang suis di sebelah kanan steering). Selain dari itu, kabin dalam
menawarkan ciri-ciri:
- Push/start button (kunci masih perlu
dicucuk ke dalam lubangnya, namun kunci Prevé sekarang mirip kepada
kunci Kia Forte atau Volkswagen,dengan flip blade dan buatan yang
kemas).
- Paddle shifters untuk menggunakan mod transmisi manual 7-kelajuan
- Kerusi dengan fabrik kalis air (seperti pada Honda Jazz atau Accord 2-liter).
- Tingkap Kuasa dengan funsgi anti-trap
- Fungsi auto-fold untuk cermin sisi
- Sensor hujan untuk wiper
- But boleh dibuka ala remote menggunakan kunci.
- Fungsi auto untuk lampu besar dan fungsi Follow-me-Home
- Ruang tempat letak barang yang banyak dan empat tempat menggantung barang (dua coat hanger, satu curry hook di tepi glovebox depan dan satu cangkuk pada batang headrest kerusi penumpang di hadapan)
- Paddle shifters untuk menggunakan mod transmisi manual 7-kelajuan
- Kerusi dengan fabrik kalis air (seperti pada Honda Jazz atau Accord 2-liter).
- Tingkap Kuasa dengan funsgi anti-trap
- Fungsi auto-fold untuk cermin sisi
- Sensor hujan untuk wiper
- But boleh dibuka ala remote menggunakan kunci.
- Fungsi auto untuk lampu besar dan fungsi Follow-me-Home
- Ruang tempat letak barang yang banyak dan empat tempat menggantung barang (dua coat hanger, satu curry hook di tepi glovebox depan dan satu cangkuk pada batang headrest kerusi penumpang di hadapan)
Pengendalian Prevé memang mantap, malah
jauh meninggalkan pesaingnya dan mirip kepada sistem suspensi Eropah.
Prevé pada dasarnya menggunakan platfor Exora, namun bahagian depan
diubah agar suspensinya lebih compliant dan lebih mantap. Untuk
memberikan steering response yang lebih baik, anti-roll bar telah
ditukar saiznya agar ia “lembut”. Ini perlu supaya steering angle boleh
ditingkatkan dan feedback dapat dirasakan oleh pemandu.
Pada bahagian belakang, sistem suspensi torsion beam Exora dibuang dan digantikan dengan suspensi multilink hasil rekaan Proton 100 peratus.
Ini ialah kali pertama Proton menghasilkan suspensi belakangnya sendiri
(sebelum ini, ia direka oleh Mitsubishi untuk model Waja dan Lotus
Engineering untuk model selainnya). Sistem multilink rekaan Proton ini
lengkap dengan trailing arm dan coilovers.
Pemanduan sejauh 160km di atas lebuhraya
dan jalan berliku menyaksikan kehebatan Prevé yang sebenarnya. Dengan
stereng yang lebih memberikan maklumbalas, ia mengambil selekoh dengan
bersahaja. Pemanduan di atas lebuhraya tertutup membolehkan kami memandu selaju 205km/j
(mengikut GPS), dan Prevé terasa sungguh solid dan mantap. Tiada
membuai walaupun jalannya berombak dan side-wind juga tidak begitu
menggangu Prevé ini.
Di jalan berliku, menggunakan mod S pada
transmisi CVT ProTronic lebih mengujakan dari menggunakan paddle
shifters. Mungkin kerana terlalu banyak “gear” menjadikan pemandu penat
menarik paddle. Letak pada mod S dan sudah cukup untuk bersilat dengan
Prevé. Turning-in cukup tajam bagi sebuah sedan keluarga dan ekornya
stabil mengikut gerak stereng. Brek ketika sedang mengambil sekeloh juga
tidak menggangu keseimbangan Prevé.
Untuk yang memandu kenderaan dengan
torsion beam, mesti pernah mengalami kejadian di mana ekor
“melompat-lompat” ketika melanggar bonggol di dalam selekoh. Inilah
kelebihan penggunaan suspensi multilink kerana ia tidak menghasilkan
sebarang drama langsung bila mengambil selekoh yang tidak rata.Cukup
untuk kita katakan bahawa dari segi pengendalian atau ride and handling,
sukar bagi jenama lain dari Jepun dan Korea untuk menandinginya. Proton
sudah boleh diletakkan sama tinggi dengan Ford di dalam aspek ini.
Untuk pemandu berpengalaman, sistem brek
sama pentingnya dengan kebolehan ride and handling. Sistem brek Prevé
menggunakan hardware TRW, tetapi sensor dan software untuk ABS dan ESP
datang dari Bosch. Hasilnya ialah sistem brek yang linear dan progresif,
yang mampu kami gunakan dalam situasi trail braking.
Untuk pengetahuan pembaca, Prevé mempunyai stopping distance (100-0kmh) yang paling dekat – 36.8m
berbanding dengan model Kia Forte, Toyota Altis 2.0L, Honda Civic 1.8L
dan Ford Focus. Kami cuba membuat brek mengejut di atas garisan lurus
dari kelajuan 140km/j dan Prevé mampu berhenti tanpa drama dan dalam
keadaan yang sangat stabil. Seperti yang dikatakan, Prevé datang dengan
sistem ESP atau Electronic Stability Control.
Sebenarnya, Australia telah mewajibkan kesemua kenderaan baru perlu
dilengkapi dengan sistem ESP dan oleh kerana Proton memang sudah
bertapak di Australia, model Prevé perlu datang dengan ESP.
ESP ialah sistem elektronik yang
mengawal stabiliti kenderaan ketika brek mengejut atau ketika tayar
hilang cengkaman. Ia seperti pemandu mempunyai empat pedal brek kerana
ESP mampu mengawal fungsi setiap brek dengan sendirinya. Cukup penting
untuk keselamatan, ESP tidak terdapat dalam banyak model Jepun atau
tempatan di bawah harga RM100,000.
Selaind ari ESP, sistem keselamatan lain yang terdapat pada Prevé ialah penggunaan teknology HotPress Forming dalam struktur kenderaan RESS (Reinforced Safety Structure), sistem ABS dengan ESP, brek belakang disk, empat beg udara (depan dan sisi), pre tensioner, active headrest, ISOFIX
mounting (untuk kerusi bayi), lampu hazard auto (jika berhenti mengejut
dalam kelajuan melebihi 96km/j) dan fungsi auto unlock (pintu akan
unlock selepas berlaku pelanggaran).
Prevé direka untuk mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Australian NCAP,
namun ujian rasmi oleh Australia NCAP belum dilakukan (khabarnya akan
dilakukan dalam masa terdekat ini). Prevé juga sebenarnya boleh
memuatkan enam beg udara, namun kos menjadi masalah untuk pasaran
tempatan. Untuk bakal pemilik, perlu diingatkan dengan adanya beg udara
sisi, kemasan kulit pada kerusi perlu dilakukan oleh mereka yang mahir
sahaja. Jika tidak, beg udara tidak keluar dan mungkin boleh menyebabkan
kecederaan.
Enjin yang digunakan ialah Campro CFE
turbo dan Campro IAFM+. Untuk CFE, ia menghasilkan 103kW, sama seperti
enjin 2.0L n/a tetapi CFe menghasilkan kadar tork yang lebih tinggi –
205Nm.Kami pada mulanya berharap agar prestasi Prevé lebih baik dari
Exora Bold dengan enjin yang sama. Tetapi, dengan kadar refinement Prevé
yang lebih tinggi, kami langsung tidak merasa “lonjakan tork” pada
Prevé. Terasa perlahan tetapi bila speedometer dijeling, kelajuan sudah
mencecah 140km/j dalam sekelip mata.
Menurut Proton, Prevé mencapai 100km/h dari pegun dalam masa 9.6 saat, jauh lebih pantas dari Civic, Altis, Forte dan Focus. Kelajuan maksimum ialah pada 205km/j dan penggunaan minyak pula ialah 8.2L/100km.
Model IAFM+ lebih sesuai untuk pemanduan santai. Bila ditekan, sistem CVT ProTronic
membuatkan enjin meraung bising namun pada pendapat kami, prestasi
enjin IAFm memadai. Malah, ia rasa lebih selesa dari model Saga FLX SE
dengan enjin yang sama.Model IAFM+ juga datang dengan transmisi
5-kelajuan Getrag, dan ini akan menjadi model asas untuk Prevé. Kelajuan
untuk model ini ialah dalam lingkungan 175km/j.
Prevé mungkin belum boleh lagi mengubah
persepsi dunia terhadap Proton. Ia memerlukan lebih dari sebuah model
untuk mula bertukar imej. Tetapi Prevé memberikan permulaan yang sangat
baik untuk Proton. Proton juga membuka lembaran baru dengan model Prevé
ini. Malah, ciri-ciri pemasaran global turut digunakan, contohnya
penamaan sistem transmisi ke ProTronic, pembinaan struktur keselamatan
dalam badan RESS dan SiD untuk paparan meter. Ini ialah antara gimik
yang digunakan oleh syarikat kenderaan dunia lain dan kini Proton turut
melangkah ke arah itu. - AutoAnda
PANAS : Harga & Spesifikasi Proton Prevé!!!
UPDATE : Gambar dari forum.lowyat.net
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
Akhirnya harga & spesifikasi Proton Prevé telah diketahui. Bagi sesiapa yang berminat untuk buat tempahan inilah masa yang sesuai. Harganya memang BERBALOI!!!
Proton Prevé 1.6 CVT PREMIUM
RM 72,990.00 / Metallic
RM 72,540.00 / Solid
Proton Prevé 1.6 MT EXECUTIVE
RM 59,990.00 / Metallic
RM 59,540.00 / Solid
Proton Prevé 1.6 CVT EXECUTIVE
RM 62,990.00 / Metallic
RM 62,540.00 / Solid
Spesifikasi Proton Prevé :
Sila muat turun fail Word di bawah :
preve iafm+ (cuma yang ni je sempat copy sebelum website tu ditutup)
Sila muat turun fail PDF di bawah :
Proton Prevé 1.6 MT EXECUTIVE
PM_1.6_MT_EXECUTIVE
Proton Prevé 1.6 CVT EXECUTIVE
PM_1.6_CVT_EXECUTIVE
Proton Prevé 1.6 CVT PREMIUM
PM_1.6_CVT_PREMIUM
kredit : http://funtastickodesign.wordpress.com/
"The New Proton PREVÉ: Pronounce as 'pray-vae' (sounds like cafe). Pls share the correct pronunciation with everyone."
http://proton-sales.blogspot.com/2012/04/info-terkini-sebutan-sebenar-preve.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan