*Update 21/04/2012 : Kenyataan rasmi dari Facebook Proton Edar berkenaan situasi sebenar kemalangan Proton Preve.
We would like to address concerns regarding pictures of a damaged Proton Prevé circulating on the web.
At around 4.45pm yesterday, one of our sales advisors was involved in an accident while driving from Jalan Sentul towards Jalan Pahang in KL, when the Proton Prevé that he was driving hit a divider and landed awkwardly causing the lower arm to break.
While we’re happy to report that our sales advisor is unhurt, our test-drive unit, however, was damaged as a result of the accident. So, remember to buckle up and drive safe because accidents can happen – to anyone and to any car.
Ini merupakan kemalangan pertama
melibatkan sebuah model Proton Preve yang dikatakan berlaku di Lebuhraya
DUKE (Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang) petang tadi. Menurut laporan, kereta
tersebut telah melanggar pembahagi jalan ketika dipandu sendiri oleh
seorang Sales Advisor (SA) Proton setelah cuba mengelak daripada
kenderaan lain.
Bagi saya kemalangan ini tidak boleh
dijadikan alasan untuk mengkritik model Preve. Cuba tanya diri anda
sendiri, model kereta mana di dunia ini yang tidak pernah terlibat dalam
kemalangan? Setiap kemalangan yang berlaku berkait rapat dengan
kebolehan seseorang pemandu itu sendiri, kebiasaannya kemalangan berlaku
disebabkan oleh faktor kecuaian manusia.
p/s : Memandulah secara berhemah dan
berhati-hati. Kemalangan boleh dielakkan jika kita semua sentiasa peka
sewaktu berada di atas jalan raya dan tahu tahap kemampuan pemanduan
diri sendiri.
Sumber : Lowyat.net
*Update 21/04/2012 (11.55 PM) – Berikut
ialah dua keping gambar di mana salah satunya menunjukkan ‘divider’ yang
dilanggar oleh Proton Preve sehingga menyebabkan terjadinya kemalangan
seperti di atas. Nampak logik, sebab itulah bahagian bampar depan tidak
mengalami kerosakan teruk kerana ‘divider’ tersebut agak rendah. Tetapi
pada kelajuan tinggi, mana-mana roda kereta pun yang melanggar ‘divider’
seperti itu pastinya mengalami kerosakan teruk, contohnya patah ‘lower
arm’. Sama ada gambar itu betul atau tidak, keputusan di tangan anda
untuk memberikan persepsi masing-masing.
Sumber : www.arenakereta.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan